. Bagaimana Hendak Mencari Kerja – Kaedah Lama

jawatan kosong - Sebenarnya graduan universiti mahasiswa masih lagi menggunakan kaedah lama iaitu membuat resume kerja dan kemudian menghantar resume tersebut ke 3-4 buah kilang berhampiran dengan tempat tinggal. Kaedah lama ini masih lagi praktikal dimana mana pun, tetapi ianya terhad kepada beberapa buah tempat kerja sahaja. Adakah anda tahu tempat yang anda pohon kerja itu mempunyai jawatan kosong atau tidak dan adakah ianya releven dengan sijil bidang yang anda ambil semasa belajar. Ini lah masalahnya. Bagaimana Hendak Mencari Kerja – Perlu Berani Berpindah

Ramai mahasiwa berfikir selepas tamat pengajian hendak bekerja dikawasan yang dekat dengan rumah (rumah family emak ayah). Adakah semua orang tinggal dikawasan yang banyak peluang pekerjaan? Dan kalau ada peluang pekerjaan pula adakah ianya releven dengan bidang pengajian anda? Jika anda mengambil bidang yang tiada menyediakan peluang kerja sesuai buat anda dikawasan rumah anda. Tiada cara lain iaitu anda perlu berani berpindah. Kita sudah dewasa, satu fasa baru dalam hidup kita iaitu dunia pekerjaan. Mahu tidak mahu sampai bila mahu tinggal dengan ibu bapa? (jika tiada kerja sesuai dikawasan tempat tinggal). Saya sendiri anak negeri selatan tetapi bekerja di utara. Jujur saya katakan. Bagaimana Hendak Mencari Kerja – Gunakan Portal Laman Mencari Kerja

jawatan kosong - Inilah benda yang saya abaikan ketika dahulu. Ada kawan menggunakan portal halaman mencari kerja di internet tetapi ianya tidak menarik perhatian saya sebab tidak nampak kepentingannya. Sewaktu dulu saya langsung tidak mengetahui akan kepentingan laman mencari kerja seperti “Jobstreet“. Maklumlah masih muda dan tidak mempunyai pengalaman akan laman carian kerja ini. Akibatnya saya sukar mencari kerja. Tetapi selepas mencuba menggunakan “Jobstreet”, saya mendapat peluang panggilan temuduga sebanyak hampir melebihi 7-8 kali sepanjang menggunakannya dan mencerahkan peluang mendapat kerja dan YA saya telah mendapat kerja. Urusan mudah. Semuanya melalui email sahaja. Jangan abaikan peranan Jobstreet ini jika mahu mendapatkan kerja. Bagaimana Hendak Mencari Kerja - Agensi Mencari Kerja

Jika anda berada dikawasan bandar besar seperti Johor Bahru, Kuala Lumpur, Selangor, Pulau Pinang dan sebagainya, selalunya tempat tempat sebegini ada terdapat beberapa agensi mencari kerja. Apa fungsi dan tugasan agensi cari kerja ini?

Agensi Cari Kerja akan membuat perjanjian dengan beberapa syarikat/kilang dikawasan sekitar. Jadi mereka mempunyai peluang kerja kosong yang melalui mereka. Graduan universiti boleh pergi memohon dengan agensi cari kerja ini kerana ianya lebih mudah untuk mendapatkan kerja lagi lagi bagi graduan yang baru keluar universiti yang tiada pengalaman kerja. Kenapa mudah dapat kerja? Agensi cari kerja mendapat untung disebabkan mereka membekalkan tenaga kerja kepada kilang dan segala urusan gaji dan sebagainya diuruskan oleh mereka. Jadi disini tugas mengambil pekerja diserahkan kepada agensi cari kerja dan ini memudahkan syarikat/kilang didalam operasi mereka. TETAPI kerja yang anda pohon melalui agensi seperti ini adalah 100% mengikut perjanjian iaitu “contract worker” yang menyebabkan anda bukan “permanent worker” dan perlu memperbaharui contract setiap tahun untuk terus bekerja.

jawatan kosong kerajaan - Tetapi jangan risau, walaupun status anda adalah “contract worker”. Selepas setahun bekerja, jika syarikat/kilang berasakan anda pekerja yang baik dan mahukan anda, maka status anda akan di tukar kepada “permanent worker”. Ini biasa. Jangan risau. Bagi saya ini salah satu teknik mudah Bagaimana Hendak Mencari Kerja.

Saya rasa cukup 4 dahulu Tips Dan Panduan Bagaimana Hendak Mencari Kerja yang boleh saya bantu anda berdasarkan pengalaman saya. Ringkasan yang saya dapat buat disini adalah, untuk mudah mendapatkan kerja anda harus menghantar resume kerja melalui kaedah lama, berani berpindah ke tempat yang mempunyai peluang kerja, gunakan laman portal mencari kerja dan juga boleh menggunakan khidmat agensi cari kerja jika ada. Ok jika anda mahukan tips dan panduan untuk menghadapi temuduga boleh baca melalui link dibawah.

 
yoko326.txt · Last modified: 2014/02/22 11:37 by jamel379
 
Except where otherwise noted, content on this wiki is licensed under the following license:CC Attribution-Noncommercial-Share Alike 3.0 Unported
Recent changes RSS feed Donate Powered by PHP Valid XHTML 1.0 Valid CSS Driven by DokuWiki